• 1 PENYU INTEGRATED
    PENYU INTEGRA
  • 5 TER EXTREME SPORT AND RECREATION
    email
  • 3 31 JULY - 15 OGOS
    PESTA TERENGGANU 09
  • 2 PENYU INTEGRATED
    PENYU INTEGRA
  • 4 PENYU INTEGRATED
    31 JULY - 15 OGOS
  • 5 IBAI CULTURAL LAGUNA
    31 JULY - 15 OGOS

Kalau

hanya semalam

di Kuala Terengganu.

Hati Siapa yang Tidak merindu..


Teruskan Baca

PENYU LINK

Wednesday, July 22, 2009

Penyu Integrated Lancar Pakej Sempena Pesta Terengganu 09

Tidakkah anda Terangsang?
Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menikmati pelbagai aktiviti menarik sempena Pesta Terengganu 09. Penyu Integrated menawarkan pakej rangsangan khas untuk anda sempena Pesta Terengganu 09. Tunggu apa lagi? Tempahlah sekarang..

Pesta Terengganu 09 Semakin Hangat.

Kehangatan semakin tersa kini. Pesta Terengganu 2009 akan diadakan pada 31 Julai hingga 15 Ogos 2009 bertempat di Terengganu Equesterian Resort. Perasmian pembukaan akan dirasmikan oleh YAB. Menteri Besar Terengganu pada 2 Ogos 2009, pukul 10.00 pagi. Pelbagai acara menarik akan diadakan seperti pameran dan jualan gerai kerajaan dan swasta, sukan pantai/laut, program forum perdana, studio mini Tfm dan karaoke. Artis jemputan ialah Yuna, Salim, Dayang Nor Faizah, M Daud Kilau dan Ramli Sarip.
Datanglah beramai-ramai…….

Monday, July 20, 2009

TER anjur Pertandingan Dam Haji sempena Pesta Terengganu 09.

Acara ini julung-julung kalinya dimasukkan ke dalam pesta seperti ini. Pertandingan ini dikelolakan oleh TER Sports Stations dengan mengambil inisiatif untuk menjadikan pesta ini bukan sekadar pesta jualan atau ‘funfair’ tetapi bertujuan untuk menjadikan pesta ini sebagai alat untuk menyemarakkan lagi tumbuh segarnya budaya bangsa.
Golongan muda berpeluang untuk mendekati dan menyertai pertandingan ini yang dijangkakan akan mendapat sambutan yang amat luar biasa.
Menurut TER Sport Executive, Sdr Shahrul Azwan Rahman, “Rancangan ini adalah rancangan asal sambutan Pesta Terengganu 09”. Ia bermatlamat untuk menjadikan pesta ini sebagai pentas membudayakan Warisan Rakyat Terengganu. Pesta yang akan bermula pada 31 Julai dan akan berakhir pada 15 Ogos ini bakal melakar sejarah baru TER. Di samping mengadakan klinik-klinik sukan untuk mendedahkan pengunjung dengan teknik terbaik daripada jurulatih professional yang dijemput, pengunjung dan komuniti setempat berpeluang untuk menyertai pertandingan TER Open 09 untuk acara Badminton, Takraw, Taekwondo, Ping Pong, Paintball dan tidak ketinggalan Dam Haji. Peserta boleh mendapatkan borang penyertaan di Ter Sports Station atau menghubungi Encik Shahrul Azwan Rahman di 019 9919796. Mengakhiri perbualan, Sdr Shahrul Azwan Rahman menegaskan bahawa matlamat pertandingan ini diadakan ialah untuk mencungkil bakat-bakat baru bagi membantu merancak dan memecut perkembangan sukan Negeri Terengganu. Tema pertandingan ialah “I Will Beat The Rest To Be The Best”



Penyu Integrated Siap Siaga Membawa Pelancong Luar Berpesta Terengganu 09.

Penyu Integrated yang berpengkalan di Kuala Lumpur kini bersiap siaga untuk membawa pelancong luar ke Terengganu sempena Pesta Terengganu 09 yang akan berlangsung pada 31 Julai sehingga 15 Ogos nanti. Pengarah Urusan Penyu Integrated Sdr Rumaizi Ahmad Sanusi memberitahu bahawa syarikatnya kini telah menerima banyak pertanyaan dan sudah ada tempahan yang dilakukan untu pesta ini. Penyu Integrated menawarkan pakej istimewa kepada pelancong termasuk pengankutan dan penginapan terbaik di Hotel Paddock Inn milik Terengganu Equestrian Resort serta hadiah misteri kepada mereka yang ingin bersantai di Pesta Terengganu 09. Pelancong juga akan dibawa makan-makan selera Terengganu asli seperti Ketupat Sotong. Mereka yang berminat disarankan Ramzi supaya membuat tempahan lebih awal untuk mengelak sebarang kekecewaan kerana pesta ini adalah satu pesta yang dinantikan ramai dan acara mesti kunjung kerana ianya padat dan penuh dengan pelbagai aktiviti dan kemeriahan. Selain menyediakan pakej Pesta Terengganu, Penyu Integrated juga menyediakan lain-lain pakej termasuk sewa bas, Candat Sotong, Trip ke pulau dan lain-lain lagi,

Saturday, July 18, 2009

Ingat Tragedi Percutian Dulu?

Pesta Terengganu 09
bermula 31 Julai hingga 15 Ogos.

Jangan Berkesudahan Dengan Tragedi Ngeri

Yang Akan Menjadi Bahan Komedi.

Tempah Sekarang.Kami Sedia Membantu.

Pengurus yang baik kerjanya mengurus dengan cekap dan
bukan mengeruh suasana dan penuh dengan alasan. Itulah falsafah kami, memenuhi keperluan anda dalam mengurus percutian yang anda impikan berdasarkan apa yang anda hasratkan dan bukan mengikut kehendak kami. Kemahuan dan keselasaan anda keutamaan kami. Oleh itu elakkan percutian sempena Pesta Terengganu nanti daripada bertukar menjadi tragedi dengan menghubungi kami untuk mengurus tempahan bilik, tempat membeli belah, pengankutan dan apa-apa sahaja. Segala-galanya akan kami uruskan. Anda BOSS dan kami pengurus sahaja. Setiap percutian seharusnya berkesudahan dengan aman dan senyum bak kata orang Terengganu "senyum Sokmo" dan bukan berkesudahan dengan pertelingkahan dan rasa tidak puas hati kerana tersilap atau ada saja yang tak kena. Percutian anda amat bermakna kepada kami kerana itulah setiap perkara kami anggap penting dan yang paling penting sekali, anda kami layan seperti manusia dan bukannya robot. kami penuhi apa yang anda mahu dan kami uruskan dengan apa yang anda mampu. Tidak keterlaluan kalau kami anggap kami adalah Pengurus Percutian Peribadi anda dan kami memang suka pun. Email kami : penyu_integrated@yahoo.com HP: 012 2197107 juga disertakan untuk anda. Penyu tidak memilih, bercutilah secara solo, berdua, secara berkumpulan atau sekeluarga ataupun dengan ....., anda tahu hanya PENYU yang mampu menguruskan percutian anda sebaik-baiknya sebagaimana yang anda mahu... dan mampu.

Saturday, July 11, 2009

PESTA TERENGGANU 09 pada 31 July - 15 OGOS DI TER

Aktiviti Sukan Berkuda
Aktiviti Sukan Pantai
Aktiviti Sukan Air – Tasik
Klinik Sukan
Paint Ball
Jet Ski
Aktiviti Sukan Tradisional dan Sukan Rakyat
Pertunjukan Pancaragam Sekolah, Unit Beruniform dan Payung Terjun
Pertandingan Inter Hotel
Pementasan, Pertunjukan Seni Budaya dan Jati Diri Terengganu
Forum Perdana
Konsert Amal
Malaysian Book of Records –
“Keropok Lekor Terpanjang”


FESTIVAL
Penyediaan tapak gerai dan pameran bagi tujuan berikut :

Info Kerajaan, Swasta dan Perbankan
Pameran Kraftangan dan Barangan Antik
Pameran Aneka Makanan
Demo Batik, Songket dan Sutera

PERMAINAN TRADISIONAL
Gasing
Pertandingan Burung
Sepak Bulu Ayam
Tarik Tali
Silat
Pertandingan Wau dan
Wau Tercantik
Peragaan
Beca Berhias
Kuda Berhias

Kereta dan Motosikal Antik
Pameran Komputer, Telekomunikasi dan Sains

PERTUNJUKAN KUDA
Pertandingan ‘Dressage’
Pertandingan ‘Show Jumping’
Aktiviti Kelab Pony ( Mounted Game )

SUKAN TASIK (AIR)
Pertandingan Kanu
Pertunjukan Formula Future
Explorace
Pertandingan Bot Kawalan Jauh
Temasya Air

SUKAN PANTAI
Kejohanan Bola Sepak Pantai
Kejohanan Bola Tampar Pantai
Paint Ball ( Kawasan Lagun )
Spring Test 100 Meter ( Kuda )
PERSEMBAHAN
Konsert Amal
PERTUNJUKAN PANCARAGAM
Mengadakan Pertunjukan Pancaragam, Pasukan Beruniform & Peringkat Sekolah
dan Payung Terjun.

FORUM PERDANA

PERTANDINGAN INTER HOTEL
Pertandingan Masakan Tradisional
dan Masakan Barat ( Western )

Gubahan Buah-buahan dan Bunga

KLINIK SUKAN
Badminton
Bowling
Sepak Takraw
Futsal
Renang

PERTUNJUKAN KEBUDAYAAN
Pertunjukan Teater
Wayang Kulit
Makyong
Rodat
MALAYSIAN BOOK OF RECORDS
Mencipta Rekod ( MBR ) baru dalam pembuatan Keropok Lekor terpanjang di Malaysia.
Acara ini juga akan mendapat usahasama gabungan semua pengusaha-pengusaha Keropok tempatan yang berjaya di negeri Terengganu.


UNTUK TEMPAHAN SILA HUBUNGI KAMI


MANAGER PERCUTIAN PERIBADI ANDA
EMAIL: penyu_intergrated@yahoo.com hp 012 2197107

Cinta mekar Di Pesta Pantai Terengganu

Bayangkanlah betapa sukarnya pada masa dulu-dulu kalau nak bertemu buah hati. Maklum sajalah ayahnya... huh..Tuhan sajelah yang tahu..tetapi janji tetap janji. Kami tetap bertenu di Pesta Pantai yang menjadi saksi keutuhan cinta kami... setiap kali pesta pantai datang, saya tidak akan lupakan peristiwa itu... Budak-budak sekarang tak tahu apa-apa... Pesta Pantai datang dan pergi.. tetapi saya memiliki Sabariah sehingga kini. Apa yang paling penting, Husin tewas ditangan aku..

kenapa tidak kongsikan kenangan pesta pantai anda di sini untuk tatapan generasi sekarang...email kami: penyu_intergrated@yahoo.com atau HP 012 2197107. Pesta Terengganu, hubungi kami untuk tempahan bilik yang terbaik dengan harga yang berpatutan.






ShoutMix chat widget

Search This Blog

FOLLOW I-MAG

 

THE MULTI-COLUM IBAI MAGAZINE BLOGGER TEMPLATE from SINARHAIRAN. MAXIMIZED from WHITE MINIMA by BRIAN PEDRO RIZAL